Rabu, 20 Mei 2009

Cerita Berbingkai

CERITA BERBINGKAI
(Sastera Hikayat Berunsur Islam)

Definisi :

- Disebut sebagai “cerita dalam cerita” iaitu ceritanta terjadi daripada satu cerita pokok dan di dalamnya terdapat berbagai-bagai cerita yang lain, dikenali sebagai “cerita sisipan”, cerita berakhir dengan kembali kepada pokok.
- Cerita itu bersambung-sambung serta berkait dengan cerita pokok
- Cerita pokok berkait dengan cerita sisipan melalui tukang-tukang cerita.
- Tukang cerita berperanan sebagai “penghubung” antara cerita pokok dengan cerita sisipan
- Cerita sisipan dsampaikan oleh “tukang cerita”/ watak tertentu dari cerita poko untuk menghasilkan hujah atau untuk membuktikan kebenaran.

Ciri-ciri Cerita Bebingkai

1. Dari segi isi cerita – isi cerita berasal dari India, sampai ke dalam kesusasteraan Melayu melalui Arab Parsi. Unsur-unsur pengaruh Islam lebih ketara berbanding unsur pengaruh Hindu.
2. Struktur isi terbahagi dua bahagian;
i. pokok cerita
ii. cerita-cerita sisipan
3. Watak dan perwatakan
i. watak manusia – kalangan istana dan rakyat biasa
ii. watak binatang – diberi sifat-sifat personifikasi
Watak utama sebagai “tukang cerita” sebagai watak penyelamat melalui cara bercerita. Contoh dalam Hikayat Bayan Budiman – Burung Bayan berperanan sebagai pencerita bagi menyelamatkan isteri tuannya dari melakukan kejahatan dan kecurangan ketika suaminya tidak ada di rumah.
4. Kaya dengan nilai-nilai moral yang tinggi – seperti ketabahan, kesetiaan, kejujuran dan keadilan
5. Mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan. Contoh, sifat dan kelakuan yang baik ditunjukkan melalui watak-watak dalam cerita sisipan boleh dijadikan sebagi contoh teladan. Begitu juga dengan tindakan melengah-lengahkan masa berbuat sesuatu keburukan akhirnya dapat menghasilkan kebaikan.

Ciri-ciri Cerita Sisipan :

1. Disampaikan oleh seseorang watak dari cerita pokok – watak bercerita berbagai-bagai cerita (iaitu cerita sisipan) dengan tujuan tertentu, iaitu untuk membuktikan kebenaran atau menyelamatkan keadaan.
2. Isi crita ringkas dan pendek – cerita sisipan dapat mengawal kesatuan cerita dengan cerita pokok agar sentiasa rapi.
3. Cerita sisipan mampu wujud sendiri sebagai cerita berasingan – mempunyai kesatuan ‘plot’ tema dan watak tersendiri
4. Ada kepelbagaian cerita – dapat memenuhi peranan seb gai alat mengemukakan amanat dan pengajaran



Cth : Antara contoh karya cerita berbingkai ialah ;
a. Hikayat Bayan Budiman
b. Hikayat Kalila Wa Daminah
c. Hikayat Bakhtiar
d. Hikayat Seribu Satu Malam

Fungsi Cerita Berbingkai.

1. Sebagai alat pendidikan moral
- Isi cerita kaya dengan unsur didaktik dan pendidikan, sebagai contoh teladan daripada sifat-sifat watak dan peristwa yang berlaku
- Unsur-unsur dan nilai-nilai moral yang tinggi seperti kesetiaan, ketabahan, kejujuran dan keadilan
- Sifat-sifat watak baik / bermoral tinggi dipertentangkan dengan sifat watak-watak jahat
- Unsur-unsur keislaman seperti ketaqwaan kepada Allah dan konsep pengajaran Islam dan pemikiran Islam yang tinggi

2. Sebagai alat hiburan :
- cerita memberi keehatan fikiran
- penyelesaian cerita memberi kemenangan kepada yang benar berupaya menggembirakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan