Rabu, 20 Mei 2009

Puisi Melayu

PUISI MELAYU TRADISIONAL

Corak soalan puisi lama.

1. Jenis puisi
Contoh soalan :
Apakah jenis puisi di atas?
atau
Apakah bentuk kedua-dua ungkapan petikan di atas?

2. Tema atau Corak Isi
Contoh soalan
Apakah tema puisi di atas
Atau
Jelaskan corak isi puisi di atas

3. Ciri-ciri – bentuk dan isi
Huraikan 4 ciri-ciri puisi di atas?
Jelaskan 3 ciri-ciri puisi di atas dari segi bentuk
Huraikan tiga cirri barzanzi dengan contohnya

4. Maksud dan gambaran
a. keseluruhan rangkap
b. rangkap-rangkap tertentu
c. ungkapan-ungkapan bergaris
d. perkataan-perkataan
Contoh soalan
Jelaskan maksud ungkapan di bawah seperti yang terdapat dalam puisi di atas.

5. Persoalan dan isi
Soalan
a. Nyatakan empat perkara buruk yang berkemungkinan menimpa pak Balaung
b. Huraikan empat persoalan yang terdapat dalam puisi di atas

6. Gaya bahasa
a. Huraikan lima jenis gaya bahasa dalam puisi di atas
b. Jelaskan tiga kesan penggunaan gaya bahasa dalam puisi di atas.

7. Unsur pengajaran dan mesej
a. Bincangkan empat unsur pendidikan moral yang terdapat dalam puisi di atas
b. Huraikan lima mesej yang hendak disampaikan oleh penyair melalui puisi di atas.
c. Terangkan enam pengajaran yang boleh didapati daripada puisi di atas.

8. Teknik Penulisan puisi
a. Huraikan empat teknik penulisan puisi di atas.
b. Dengan memberikan contoh, jelaskan empat teknik penulisan puisi di atas.
9. Fungsi puisi
a. Dalam majlis apakah puisi ini digunakan?
b. Nyatakan peranan puisi di atas?

10. Bentuk puisi
a. bentuk bebas
b. bentuk terikat


Teknik menjawab :

1. Soalan yang menyentuh aspek : Jenis Puisi
- tidak boleh menyebut jenis puisi secara umum sahaja
- perlu menentukan dengan tepat jenis/bentuk puisi
Contoh :
Jenis puisi di atas ialah Pantun Berkait
Jenis puisi di atas ialah mantera

2. Soalan tentang Ciri-ciri
Istilah ciri-ciri puisi meliputi
a. ciri-ciri bentuk
b. ciri-ciri isi

Asas menghurai bentuk puisi :

1. Pastikan terlebih dahulu sama ada petikan rangkap-rangkap puisi yang dibert dalam soalan itu puisi bentuk TERIKAT atau BEBAS.

BEBAS : seloka, teromba, talibun, peribahasa berangkap dan mantera

TERIKAT : Pantun, gurindam, syair, endoi, rejang, dikir/zikir, rubai, nazam, masnawi, ghazal, barzanji dan qit’ah

2. Perbincangan adalah berdasarkan kepada fakta-fakta berikut :

• Menentukan jumlah baris serangkap
• Menentukan jumlah suku kata sebaris
• Menentukan bilangan perkataan sebaris
• Meneliti pola rima akhir baris ; sama ada rima bertentangan ab:ab (pantun empat kerat), rima sama aaaa (syair) atau rima bebas abcdefg (puisi tidak terikat)
• mentukan baris-baris dalam satu rangkap sama ada ia berupa pembayang maksud dan maksud (pantun) atau berupa “syarat dan jawab” (gurindam atau keseluruhannya berupa isi atau baris-baris tertentu yang diulang semula pada rangkap berikutnya (seperti dalam pantun berkait)

3. Huraian mengenai bentuk puisi perlu disertakan dengan contoh-contoh yang sesuai dan tepat. Dengan mengemukakan contoh-contoh, huraian jawapan akan menjadi lebih jelas, kerana contoh-contoh itu membantu menjelaskan penyebutan fakta serta huraian fakta berkenaan.
4. Buatkan perenggan-perenggan yang berlainan bagi setiap fakta-fakta yang akan dibincangkan.

Contoh menghuraikan Puisi Bentuk Terikat

Anak bakau di rumpun salak,
Patah taruknya ditimpa genta;
Riuh kerbau tergelak-gelak,
Melihat beruk berkaca mata.

(a) Jelaskanciri-ciri puisi dari segi bentuknya.

Contoh huraian jawapan :

Puisi di atas dari segi bentuknya tergolong sebagai puisi terikat. Dari segi bilangan barisnya terdapat empat baris dalam satu rangkap. Kempat-empat baris itu dibahagikan dalam dua kesatuan iaitu dua baris pertama ialah pembayang maksud (baris pertama danb ke-2) dan dua baris kedua (baris ke-3 dan ke-4) ialah maksud.

Contoh:
Pembayang maksud
Aanak bakau di rumpun salak
Patah taruknya ditimpa genta;
Maksud pantun
Riuh kerbau tergelak-gelak,
Melihat beruk berkaca mata.

Dari segi pola rima akhir barisnya ialah dalam kedudukan bertentangan iaitu ab:ab. Rima akhir dihasilkan daripada perkataan
salak (a) baris 1
genta (b) baris ke-2
gelak (a) baris ke-3
mata (b) baris ke-4

Bilangan perkataan sebaris ialah di antara 4 hingga 5 patah perkataan sebaris. Manakala jumlah suku kata bagi satu baris ialah antara 9 – 10 jumlah suku kata.

Contoh :
A / nak ba / kau di / rum / pun sa/ lak, 9 jumlah suku kata
Pa / tah ta / ruk / nya di / tim / pa gen / ta; 10 jumalah suku kata
Ri / uh ker / bau ter / ge / lak / -ge / lak, 9 jumalah suku kata
Me / li / hat be / ruk ber / ka / ca ma / ta. 10 jumlah suku kata
Huraian bentuk syair :

Jangan sekali berniat khianat,
Apalagi kurang amanat,
Pekerjaan wajib bukannya sunat,
Jika dilawan mendapat laknat

Pertama di dunia mendapat malu,
Di dalam akhirat tubuh terpalu,
Masyhur khabar ke hilir ke hulu,
Sebab perangai tidak bermalu.

Sangatlah murka Rabbal-Izzati,
Perintah suami tidak dituruti,
Hendaklah taat bersungguh hati,
Kepada suamimu berbuat bakti.

Puisi di atas dari segi bentuknya tergolong sebagai puisi terikat. Syair di atas mengandungi tiga rangkap dan setiap rangkap mengandungi empat baris serangkap.Rangkap satu, dua dan tiga masing-masing terdiri 4 baris serangkap.
Rima akhir baris syair di atas adalah sama iaitu a-a-a-a bagi tiap-tiap rangkap. Misalnya contoh rangkap pertama, perkataan akhir baris pertama iaitu “khianat” (a) mempunyai rima akhir

1 ulasan:

  1. Casinos Near Carson, NV | MapYRO
    Search for 순천 출장안마 Casinos 부산광역 출장안마 Near Carson, NV, including popular casinos, sportsbooks, and bars/bars/lounges Las Vegas: 양산 출장샵 Casino with Hotel, 군산 출장안마 Golf, Race Course. 영주 출장안마

    BalasPadam