Rabu, 20 Mei 2009

Cerita Panji

CERITA PANJI

Definisi :

Cerita Panji berasal dari Jawa dan dicipta semasa keagungan empayar Majapahit. Kesusasteraan Panji telah tersebar ke Tanah Melayu.

“..golongan cerita Jawa-Melayu yang semuanya berpusatkan Sang Panji, putera Kuripan; yang ada sifat sejarahnya tetapi tidak kurang sifat mitologinya. Pokok utama cerita ialah Panji yang berkelana mencari kekasihnya atau pasangannya yang sering bernama Candera Kirana, Puteri Daha tetapi yang hilang atau menyamarkan diri dan menjelma sebagai orang lain. Selama ia berkelana, panji mengalami bermacam-macam perisiwa hingga ia bertemu semula dengan kekasihnya”.

Kesimpulannya kesusasteraan Panji ialah sekumpulan karya yang mengisahkan pengembaraan wiranya iaitu Raden Inu kartapati atau gelarannya Panji, putera Kuripan dalam mencari kekasihnya (tunangan atau isteri) Raden Galuh, puteri Daha atau
Kediri. Kisah ini penuh dengan percintaan, penyamaran, pengembaraan dan peperangan.

Karya ini dicipta dalam dua bentuk iaitu bentuk puisi dan prosa.

Contoh Cerita Panji :

Bentuk Prosa :
i. Hikayat Panji Semirang
ii. Hikayat Cekel Wenang pati
iii. Hikayat Carang Kulina
iv. Hikayat Misa Taman Jayeng Kesuma

Bentuk Puisi :
i. Syair Ken Tambuhan
ii. Panji Narawangsa
iii. Syair Angreni

Ciri-ciri Umum Cerita panji :

a. Dari segi tema :
Tema cerita Panji mengenai pengembaraan Panji (Raden Inu Kertapati) mencari kekasihnya / tunangannya Galoh Candera Kirana. Ia melibatkan kisah pengembaraan, penyamaran, percintaan dan peperangan.

b. Struktur isi cerita :
i. Bahagian awal
- kisah sebelum pengembaraan
- mengenai latar Inu Kertapi dan Candera Kirana
- hubungan pertunangan
- sebab-sebab keluar dari istana

ii. Bahagian Pertengahan – berlaku pengembaraan
- tujuan mencari tunangan
- wira dan wirawati menyamar dan mengembara
- sewaktu pengembaraan hadapi berbagai kesulitan, penderitaan, derita fizikal dan dalaman akibat rindu dendam
- pernah beremu tetapi tidak mengenali sebab menyamar

iii. Akhir Cerita :
- kekasih bertemu semula
- sering mengenali / rahsia terbongkar
- berlangsungnya perkahwinan
- kembali ke negeri asal-hidup bahagia
- wira dan wirawati mencapai kemenangan

c. Menonjolkan unsur dan peranan dewa
Peranan para dewa dikaitkan;
i. mengatur dan memilih watak-watak dalam cerita
ii. mengadakan peristiwa-peristiwa
iii. mengatur geraklaku watak-watak yang dipilih
Peranan dewa amat berkesan, berkuasa dan terlibat dalam kehidupan manusia sehari-hari.

d. Unsur penjelmaan dan Inkarnasi
Merupakan ciri yang dominan (utama), berlaku pada watak-watak seperti
i. watak dewa-dewa – menjelma diri sebagai binatang, raksasa, bota dan garuda yang menjadi musuh watak utama
ii. watak-watak utama – sebagai penjelmaan dan inkarnasi dari dewa-dewi. Berlaku pada watak Raden Inu Kertapati dan Candera Kirana yang menjelma sebagai geruda, naga, api dan angin

e. Unsur penyamaran
Merupakan ciri yang terpenting dan dominan. Berlaku pada watak utama iaitu wira dan wirawati. Tujuan penyamaran untuk keselamatan diri, tidak dikenali asal keturunan sebenarnya. Mengubah identiti masing-masing dari segi nama, rupa paras, cara berpakaian dan perwatakan.

f. Pertukaran nama
Watak utama, wira dan wirawati menukar nama dan berlaku beberapa kali dengan nama yang berlainan. Tujuan menukar nama ialah
- sesuai dengan peranan dan keadaan untuk nasib baik.
- sebagai suatu tradisi Jawa, mempunyai nama waktu lahir berbeza dengan nama ketika dewasa.
- Sesuai dengan peranan baru terutama waktu menyamar

g. Nama tempat dan nama watak
i. Berlatarkan alam Jawa di empat buah negeri iaitu Kuripan, Gegelang, Daha dan Singasari
ii. Nama watak, memakai nama Jawa yang mempunyai makna terttentu dalam bahasa Jawa
iii. Nama watak utama dan gelaran bersifat identik.
 Watak wira anak ratu Kuripan iaitu Raden Inu Kertapati
 Watak wirawati iaitu Puteri Ratu Daha iaitu Galuh Cendera Kirana
 Gelaran-gelaran yang biasa seperti Misa, Carang, Undakan, Kelana, Jayeng dan lain-lain
 Gelaran pangkat dalam istana Jawa seperti Patih, Bupati, Demang, Rangga, Jaksa dan lain-lain.

h. Watak dan perwatakan – terbahagi tiga golongan
i. Watak utama iaitu wira dan wirawati.
- Wira ialah putera Daha iaitu raden Inu Kertapati dan watak wirawati iaitu Galuh Cendera Kirana.
- Peranan penting dalam cerita, mengembara, menyamar, berperang, perkahwinan dan sebagainya
ii. Watak pembantu / pengiring
- pengasuh / dayang kepada wira dan wirawati
- sangat setia dan turut mengikut ke mana tuannya pergi
- turut mengembara, menyamar dan berperang
- gelaran-gelaran tertentu
- mendapat ganjaran yang baik di akhir cerita
iii. Watak dari kalangan dewa-dewi
- peranan utama sebagai penyelamat kepada watak utama
- melakukan penjelmaan/inkarnasi dewa


Fungsi Cerita panji :

a. Sebagai bahan hiburan
b. Menyampaikan pengajaran dan pendidikan moral
- watak ‘putih’, kekuatan dan kebaikan akan mencapai kemenangan
- watak ‘hitam’ yang melakukan kejahatan akan mendapat balasan yang setimpal
c. Menekankan kepentingan nilai janji perlu ditepati
- apabila berjanji, berusaha menepati janji
- terima balasan buruk jika tidak menepati janji
d. Menonjolkan unsur “keadilan” – kebaikan akan mendapat kemenangan dan manakala keburukan akan menerima balasan buruk
e. Memperlihatkan sifat-sifat dan moral baik patut dicontohi sifat ikhlas, baik hati, pemaaf dan merendah diri.

1 ulasan:

  1. bagaimana pula dengan watak binatang dalam cerita panji sama ada bertujuan membantu watak utama atau menjadi antagonis dalam cerita panji? Adakah watak sedemikian dicipta sebagai hiburan sahaja atau sebagai penyampai mesej?

    BalasPadam