Rabu, 20 Mei 2009

Pengenalan

1.1 Definisi

(i) Umum tentang kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan berasal daripada kata akar “susastera” (Sanskrit)
Su - indah, baik, lebih berfaedah
Sastera - huruf atau buku
Ke-susastera-an - kumpulan buku-buku yang indah bahasa dan baik isinya.

Kesuasasteraan : Ciptaan seni yang dinyatakan dengan bahasa yang indah dan mengandungi isi yang baik yang baik lagi berfaedah.

Kesusasteraan Melayu : hasil ciptaan yang ditulis melalui perantaraan Bahasa Melayu dan lahir sebagai hasil daripada keistimewaan sifat masyarakat Melayu. Kandungannya haruslah mencerminkan persoalan tentang masyarakat bangsa Melayu sama ada pada zaman silam mahupun pada zamanmodenhari ini.

Kesusasteraan Melayu Tradisional (SMT) :
Konsep SMT pada orang Melayu zaman dahulu sangat bercampur aduk dan tidak terbatas kepada hasil seni semata-mata. Oleh itu semua hasil penulisan sebelum abad ke-19 dianggap sebagai hasil sastera yang termasuk di dalamnya karya sejarah seperti Sejarah Melayu, karya-karya ketatanegaraan seperti Tajus Salatin, Bustan as-Salatin, Sastera Kitab/Agama dan juga undang-undang Melayu lama.

Kesusasteraan Melayu mengandungi 4 unsur utama :

a. Unsur Intelek : Karya sastera haruslah menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang bernilai dan menarik. Sastera ditulis dengan tujuan tertentu seperti soal-soal masyarakat, moral, ekonomi, politik dan sebagainya. Karya sastera sebagai bahan untuk pembaca mendapat panduan dan pengetahuan.

b. Unsur Emosi : Membezakan karya sastera dengan bukan sastera. Berkait dengan perasaan manusia iaitu perasaan pengarang dan pembaca seperti perasaan sedih, gembira dan sebagainya.

c. Unsur Imaginasi : Ketajaman daya penglihatan dan gaya pengamatan (daya khayalan) pengarang terhadap sesuatu benda atau peristiwa yang dilukisnya melalui perantaraan bahasa.

d. Unsur teknik : Soal bagaimana pengarang menyusun peristiwa dalam cerita, memilih kata-kata, menyusun adegan dan sebagainya.

Kesimpulan tentang Kesusasteraan Melayu :

1. Ciptaan seni yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat penyampaian
2. Satu cabang kegiatan seni masyarakat Melayuyang terawal dan terpenting
3. Kesusasteraan lahir bersama kelahiran masyarakat sebagai alat untuk menyatakan perasaan, keazaman, keinginan, pengalaman dan pengalaman masyarakat.
4. Kesusasteraan Melayu adalah kesusasteraan yang berfungsi iaitu mengajar dan menghibur
5. Tercipta dalam sepanjang masa, mengalami proses perkembangan dan perubahan, dibahagikan Sastera Melayu Tradisional dan sastera Melayu Moden.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan