Rabu, 20 Mei 2009

Sastera Undang-undang

SASTERA UNDANG-UNDANG

Definisi :

Satu kumpulan hasil penulisan tradisional Melayu yang menjadi bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama. Sejenis peraturan hidup orang Melayu yang didasarkan kepada adapt resam yang turun-temurun digunakan untuk menjaga negeri dan kedudukan raja-raja Melayu.

Ia merupakan karangan sastera, tetapi isi kandungannya mempunyai corak undang-undang

Ia tidak disama ertikan dengan pengertian undang-undang pada masa sekarang ini, kerana ia ditulis oleh penulis istana, atas perintah oleh penulis utama, atas perintah pihak istana, menggubal dan meminda dari adapt tradisi yang sedia ada. Sesiapa yang melanggar dikenakan hukuman

Tergolong dalam dua kumpulan :
(i) Kumpulan Adat Temenggung
(ii) Kumpulan Adat Perpatih

Contoh karya sastera undang-undang :
a. Hukum Kanun Melaka
b. Undang-undang Laut Melaka
c. Undang-undang Pelabuhan Pahang
d. Undang-undang Pelabuhan Acheh
e. Undang Pelabuhan Kedah
f. Undang-undang Negeri Perak
g. Adat Perpatih
h. Undang-undang Negeri Johor
i. Undang-undang Brunei

Ciri-ciri Umum Sastera Undang-undang :

1. Tidak diketahui nama pengarang asalnya dan yang diketahui ialah penyusunnya.
2. Penyusun daripada kalangan istana iaitu golongan bangsawan. Corak isi mengagung-agungkan dan mementingkan golongan bangsawan.
3. Bercampur dengan unsur mitos atau unsur-unsur luarbiasa.
4. Dituliskan dalam bentuk prosa serta disulami perumpamaan
5. Terdapat unsur-unsur Hindu dan Islam.
6. Ketentuan Undang-undang bercampur dengan adapt istiadat
7. Hukuman yang dikenakan tidak tegas dan boleh dipinda atau diubah.
8. Dapat menggambarkan corak hidup masyarakat Melayu tradisi terutamanya mengenai susunlapis masyarakat, adat istiadat Melayu dan peraturan-peraturan hidup.


Fungsi Sastera Undang-undang :

1. Sebagai panduan dalam hal pelayaran dan peraturan di kapal
2. Sebagai alat kawalan sosial
3. Alat menjaga keamanan masyarakat dan negara
4. Sebagai bahan untuk melihat gambaran masyarakat


UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA

Pengenalan :

Undang-undang Laut Melaka ialah undang-undang pelayaran yang digunakan pada zaman kekuasaan empayar Melaka. Ia menjelaskan tugas-tugas pegawai kapal seperti nakhoda, jurumudi, jurubatu dan awak-awak. Di dalamnya dijelaskan dengan nyata peranan dan tugas nakhoda sebagai pengganti raja semasa belayar. Undang-undang ini mengandungi 24 fasal yang meliputi soal-soal kekuasaan, perniagaan dan keselamatan di laut.

Ciri-ciri sastera undang-undang berdasarkan Undang-undang Laut Melaka

a. Tidak diketahui nama pengarang asalnya.Penyusunnya dari kalangan istana atas perintah Sultan Mahmud Shah, sultan Melaka pada masa itu.
b. Corak isinya mengagung-agungkan golongan bangsawan. Dikatakan Hukum Laut Melaka, segala hukum di dalam jong adalah kurniaan Sultan Mahmud Shah kepada nakhoda. Oleh itu segala perintah nakhoda di dalam jong hendaklah dipatuhi kerana nakhoda adalah ganti raja di laut.
c. Ditulis dalm bentuk prosa
d. Ada unsur-unsur pengaruh Hindu kerana hukuman berdasarkan kasta, berat sebelah dan berpihak kepada golongan bangsawan. Contohnya, hukum orang berzina adalah berbeza antara abdi dengan orang merdeheka. Jikalau abdi sesama abdi berzina di dalam jong maka dipalu ramai-ramai di peterana lawang. Jika laki-laki merdeheka berzina dengan abdi orang, dihukum dengan hukuman denda sahaja.
e. Terdapat unsur pengaruh Islam walaupun tidak mematuhi syariat Islam sepenuhnya.Contohnya hukum zina laki-laki dan perempuan merdeheka ialah dipalu ‘100 kali’. Pada bahagian permulaan undang-undang ini dimulai dengan ‘bismillahi rahmanir rahim, dan seterusnya.
f. Ketentuan undang-undang bercampur dengan adat istiadat.
g. Hukuman yang dikenakan tidak tegas dan boleh dipinda atau diubah.
Contohnya dalam Undang-undang Laut Melaka, ada menyatakan “Sebermula jikalau abdi sesame abdi berbuat zina di dalam jong maka dipalu beramai-ramai akan dia di peterana lawang, tetapi terserah hukum itu kepada tukang agung. Demikianlah adatnya awak perahu itu, atas tukang agung hukumnya”.
h. Dapat menggambarkan corak hidup masyarakat Melayu tradisi terutamanya mengenai susunlapais masyarakat, adapt istiadatMelayu dan peraturan-peraturan hidup. Contohnya aktiviti ekonomi iaitu perdagangan di laut.

Fungsi Undang-undang Laut Melaka :

1. Sebagai panduan dalam hal kemasyakatan – misalnya meliputi soal nikah kahwin dan jualbeli.
2. Sebagai alat kawalan sosial – menentukan batas-batas hubungan antara rakyat dengan golongan istana.
3. Alat menjaga keamanan masyarakat dan negara – terutama yang mengenai undang-undang jenayah, mencuri, membunuh dan merompak.
4. Sebaga dari sudut bahan untuk melihat gambaran masyarakat Melayu tradisional dari sudut adat istiadat Melayu, susun lapis masyarakat aktiviti ekonomi dan sebagainya.

2 ulasan:

  1. saya mohon kongsi di laman FB...kerana saya sedang belajar tentang sastera undang2...

    BalasPadam
  2. terima kasih cikgu Rafli.. Info yang sangat berguna

    BalasPadam